Skip to main content

Posts

7 Makanan Terbaik Untuk Di Makan Ketika Hamil ?

Apabila masuk bab pemakanan, keperluan nutrisi kedua-dua ibu dan bayi haruslah diberikan keutamaan. Andai kata berat badan anda tidak naik secukupnya ketika trimester pertama akibat morning sickness yang teruk, berkemungkinan stimulasi rasa lapar berperanan untuk ‘catch-up’ keperluan tubuh yang mungkin terabai ketika itu. Perhatikan jumlah pengambilan kalori harian ketika hamil; dan untuk pengetahuan, anda hanya perlu tambahkan 300 kcal sehari sewaktu dalam trimester kedua dan ekstra 500 kcal dalam trimester ketiga. Diet anda haruslah kaya dengan asid folik, zat besi, protein, kalsium dan vitamins. ? Sebagai bakal ibu, anda tentu nak makan yang elok-elok untuk baby kan? Berikut antara pilihan makanan paling bermanfaat sepanjang tempoh kehamilan yang saya simplified untuk anda gabungan saranan dietician dan ada juga berdasarkan Sunnah Rasulullah SAW: ? • Kekacang  – Bagus kerana ia kaya dengan sumber fiber, protein, zat besi, asid folik, kalsium dan zink. Antara kekacang
Recent posts

DIABETES KETIKA HAMIL : PUNCA & KESANNYA

Seronoknya bila kita tahu yang kita dah hamil kan. Tak sabar nak bagi tahu semua orang teruma suami. Mesti die terkejut. Bila hamil ni, nafsu makan meningkat. Makan ikut suka je. No..no..no.. jangan macam tu tau mommys. Kalau kita tak jaga makan, potensi untuk dapat Diabetes tinggi tau.. Hari ni Team Danita nak kongsikan info tentang Diabetes semasa hamil. Amalan permakanan yang baik adalah cara yang baik untuk kekal sihat semas hamil. Jika mommys menghidap kencing manis semasa hamil (diabetes gestasi), sangat penting bagi mommys memilih makanan yang sihat. Mommys mungkin dapat mengawal Diabetes dengan mengamalkan permakanan yang baik dan kerap bersenan. Jika mommys menghidap diabetes gestasi ini, badan mommys tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup. Ini mengakibatkan tahap gula dalam darah mommys boleh menjadi sangat tinggi dan boleh menyebabkan masalah kepada bayi. Risiko-risiko Menghidapi Diabetes Ketika Hamil Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih Se

BERPANTANG CARA TRADISI DALAM DUNIA MODEN

Dalam kehidupan yang serba moden sekarang ni, jangan kita lupa pada cara berpantang tradisional. Selagi kita bergelar wanita, penjagaan dalaman dan luaran perlu di utamakan. Begitu juga perihal selepas bersalin. Sesungguhnya pelbagai kaedah dan rawatan yang disajikan kepada ibi-ibu moden sekarang. Namun yang demikian, amalan atau cara-cara berpantang tradisi jangan la kita lupakan. Hari ni kita nak kongsikan beberapa cara berpantang tradisi dalam kemodenan. RUTIN BERPANTANG Urutan Sangat digalakkan berurut semasa dalam pantang. Terutama tiga hari pertaman selepas bersalin. Kelebihan:  Antaranya, memulihkan tenaga, menjaga kesihatan wanita dan melancarkan pengaliran darah. Jika pengaliran darah tidak lancar atau tersekat, itulah yang menjadi punca sakit-sakit badan selepas bersalin. Bertungku Dilakukan pada waktu pagi selepas berurut dan sebelum berbengkung. Bertungku     seeloknya tiga hari bertuturut-turut menggunakan batu sungai yang di balut dengan daun mengk

Surah-surah amalan semasa mengandung

Pantang-Larang Ibu semasa berpantang

Jangan Makan Ubi-ubian Ubi-ubian seperti ubi kayu, keledek dan keladi perlu dielak sebab makanan jenis ini boleh mengganggu sistem pencernaan menyebabkan si ibu mungkin menghidap kembung dan sakit perut. Malah bukan setakat ibu, penyakit yang berkenaan juga mungkin boleh ‘transfer’ atau berjangkit kepada baby yang sedang menyusu. Pastikan Selalu Pakai Sarung Kaki Mengelakkan kaki dan tubuh agar tak masuk angin. Kalau angina dah masuk, mulalah sengal-sengal dan badan tentu akan menjadi lebih lemah Tak Boleh Terhantuk Ibu Jari Bagi sesetengah wanita yang lemah, kealpaan menyebabkan ibu jari tu terhantuk dengan benda keras boleh mengakibatkan pitam atau bentan. Jangan Terlalu Aktif Kalau boleh jangan terlalu banyak bergerak terutama dalam tempoh seminggu pertama selepas bersalin. Tujuannya supaya badan betul-betul mendapat rehat yang secukupnya. Jangan Tidur Tanpa Berlapik Elakkan tidur tidak berbantal atau sebarang pelapik yang boleh meninggikan sedikit paras kepala sema