Skip to main content

DIABETES KETIKA HAMIL : PUNCA & KESANNYA

Seronoknya bila kita tahu yang kita dah hamil kan. Tak sabar nak bagi tahu semua orang teruma suami. Mesti die terkejut. Bila hamil ni, nafsu makan meningkat. Makan ikut suka je.
No..no..no.. jangan macam tu tau mommys. Kalau kita tak jaga makan, potensi untuk dapat Diabetes tinggi tau.. Hari ni Team Danita nak kongsikan info tentang Diabetes semasa hamil.

Amalan permakanan yang baik adalah cara yang baik untuk kekal sihat semas hamil. Jika mommys menghidap kencing manis semasa hamil (diabetes gestasi), sangat penting bagi mommys memilih makanan yang sihat. Mommys mungkin dapat mengawal Diabetes dengan mengamalkan permakanan yang baik dan kerap bersenan.

Jika mommys menghidap diabetes gestasi ini, badan mommys tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup. Ini mengakibatkan tahap gula dalam darah mommys boleh menjadi sangat tinggi dan boleh menyebabkan masalah kepada bayi.

Risiko-risiko Menghidapi Diabetes Ketika Hamil
  1. Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih
  2. Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih
  3. Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika mengandung
  4. Ibu bapa, adik-beradik yang mempunyai Diabetes

Jika mommys mempunyai sejarah kencing manis semasa hamil yang sebelumnya, mommys akan diminta membuat ujian toleransi glukosa GTT ini semasa awal kehamilan untuk pengesahan awal Diabetes. Dengan itu, dapat mengawal atur paras gula di dalam darah. Ini bertujuan untuk memantau pembentukan organ-organ penting bayi pada ketika ini dan mengurangkan komplikasi Diabetes pada bayi dan ibu. Jika ujian GTT ini normal, ujian ini akan diulang pada usia kandungan 24 hingga 27 minggu.

Apakah Kesan Kencing Manis Semasa Hamil
Kebanyakan ibu yang menghidapi Diabetes semasa hamil tidak mempunyai masalah sepanjang proses kehamilan dan rata-rata melahirkan bayi yang comel dan sihat, tetapi ada juga segelintir kes Diabetes ini membawa masalah yang serius pada ibu dan juga bayi. Lebih lagi jika Diabetes tidak si kesan pada awal kehamilan.
Amatlah penting mommys sekalian memastikan paras glukosa di dalam darah terkawal. Jika paras glukosa dalam darag tidak terkawan, bayi akan memberi tindak balas kepada paras gula yang tinggi dengan menghasilkan lebih banyk insulin. Ini membuatkan bayi akan membesar secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mommys diminta bersalin awal dari tarikh yang dijangka dengan pembedahan akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction).
Risiko kematian bayi di dalam rahim secara mengejut juga meningkat jika paras glukosa dalam darag tidak di kawal.
Bayi yang lahir dari ibu yang mempunyai paras gula tingga juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa.


Petua Menghilangkan Diabetes Semasa Hamil
  • Merancang Kehamilan Anda
  • Ujian Saringan
  • Makan Makanan Yang Seimbang
  • Makan Dengan Kerap
  • Makan lemak Sihat
  • Kerap Bersenam
  • Periksa Tahap Gula Dalam Darah
  • Aktiviti Fizikal
  • Dapatkan Ujian Selepas Bersalin

Secara kesimpulannya, mommys perlu mengawal tahap gula dalam darah dengan betul. Kawalan ketat akan membantu anda mengelakkan komplikasi dan masalah kesihatan jangka panjang bagi kedua-dua anda dan bayi.

Mencari SET BERPANTANG TRADISIONAL VERSION MODEN yang MUDAH GUNA & TAK LECEH?
Jom Klik:
📲 http://bizapp.la/setdanita5
atau layari website untuk order, www.danita.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Surah-surah amalan semasa mengandung

7 Makanan Terbaik Untuk Di Makan Ketika Hamil ?

Apabila masuk bab pemakanan, keperluan nutrisi kedua-dua ibu dan bayi haruslah diberikan keutamaan. Andai kata berat badan anda tidak naik secukupnya ketika trimester pertama akibat morning sickness yang teruk, berkemungkinan stimulasi rasa lapar berperanan untuk ‘catch-up’ keperluan tubuh yang mungkin terabai ketika itu. Perhatikan jumlah pengambilan kalori harian ketika hamil; dan untuk pengetahuan, anda hanya perlu tambahkan 300 kcal sehari sewaktu dalam trimester kedua dan ekstra 500 kcal dalam trimester ketiga. Diet anda haruslah kaya dengan asid folik, zat besi, protein, kalsium dan vitamins. ? Sebagai bakal ibu, anda tentu nak makan yang elok-elok untuk baby kan? Berikut antara pilihan makanan paling bermanfaat sepanjang tempoh kehamilan yang saya simplified untuk anda gabungan saranan dietician dan ada juga berdasarkan Sunnah Rasulullah SAW: ? • Kekacang  – Bagus kerana ia kaya dengan sumber fiber, protein, zat besi, asid folik, kalsium dan zink. Antara kekacang