Skip to main content

Pantang-Larang Ibu semasa berpantang




Jangan Makan Ubi-ubian
Ubi-ubian seperti ubi kayu, keledek dan keladi perlu dielak sebab makanan jenis ini boleh mengganggu sistem pencernaan menyebabkan si ibu mungkin menghidap kembung dan sakit perut. Malah bukan setakat ibu, penyakit yang berkenaan juga mungkin boleh ‘transfer’ atau berjangkit kepada baby yang sedang menyusu.

Pastikan Selalu Pakai Sarung Kaki
Mengelakkan kaki dan tubuh agar tak masuk angin. Kalau angina dah masuk, mulalah sengal-sengal dan badan tentu akan menjadi lebih lemah

Tak Boleh Terhantuk Ibu Jari
Bagi sesetengah wanita yang lemah, kealpaan menyebabkan ibu jari tu terhantuk dengan benda keras boleh mengakibatkan pitam atau bentan.

Jangan Terlalu Aktif
Kalau boleh jangan terlalu banyak bergerak terutama dalam tempoh seminggu pertama selepas bersalin. Tujuannya supaya badan betul-betul mendapat rehat yang secukupnya.

Jangan Tidur Tanpa Berlapik
Elakkan tidur tidak berbantal atau sebarang pelapik yang boleh meninggikan sedikit paras kepala semasa berbaring. Selain punca kepada sakit kepala, tidur tanpa berbantal mungkin menyebabkan darah kotor susah keluar dan angina naik ke kepala menyebabkan sakit gila meroyan.

Jangan Sekali-kali Duduk Mencangkung
Dibimbangi posisi mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah tu terkeluar dan menyebabkan tumpah darah

Mandi Duduk di Bangku
Sebaik-baiknya mandi dengan duduk di bangku untuk menjaga kesihatan peranakan. Mandi dalam keadaan duduk adalah disarankan berbanding berdiri supaya si ibu yang masih lemah tak perlu menggunakan banyak tenaga.

Rapatkan Kaki Semasa Tidur
Satu cara untuk cepatkan penyembuhan bahagian peranakan ialah dengan kaedah merapatkan kaki ketika tidur. Jangan tidur mengangkang.

Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Tidur ketika matahari tengah naik akan menyebabkan badan bertambah lesu dan sakit-sakit.

Jangan Tidur Atau Keluar Rumah Waktu Senja
Waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran.

sUMBER : http://www.petuatradisional.com/

Comments

Popular posts from this blog

7 Makanan Terbaik Untuk Di Makan Ketika Hamil ?

Apabila masuk bab pemakanan, keperluan nutrisi kedua-dua ibu dan bayi haruslah diberikan keutamaan. Andai kata berat badan anda tidak naik secukupnya ketika trimester pertama akibat morning sickness yang teruk, berkemungkinan stimulasi rasa lapar berperanan untuk ‘catch-up’ keperluan tubuh yang mungkin terabai ketika itu. Perhatikan jumlah pengambilan kalori harian ketika hamil; dan untuk pengetahuan, anda hanya perlu tambahkan 300 kcal sehari sewaktu dalam trimester kedua dan ekstra 500 kcal dalam trimester ketiga. Diet anda haruslah kaya dengan asid folik, zat besi, protein, kalsium dan vitamins. ? Sebagai bakal ibu, anda tentu nak makan yang elok-elok untuk baby kan? Berikut antara pilihan makanan paling bermanfaat sepanjang tempoh kehamilan yang saya simplified untuk anda gabungan saranan dietician dan ada juga berdasarkan Sunnah Rasulullah SAW: ? • Kekacang  – Bagus kerana ia kaya dengan sumber fiber, protein, zat besi, asid folik, kalsium dan zink. Antara kekac...

BERPANTANG CARA TRADISI DALAM DUNIA MODEN

Dalam kehidupan yang serba moden sekarang ni, jangan kita lupa pada cara berpantang tradisional. Selagi kita bergelar wanita, penjagaan dalaman dan luaran perlu di utamakan. Begitu juga perihal selepas bersalin. Sesungguhnya pelbagai kaedah dan rawatan yang disajikan kepada ibi-ibu moden sekarang. Namun yang demikian, amalan atau cara-cara berpantang tradisi jangan la kita lupakan. Hari ni kita nak kongsikan beberapa cara berpantang tradisi dalam kemodenan. RUTIN BERPANTANG Urutan Sangat digalakkan berurut semasa dalam pantang. Terutama tiga hari pertaman selepas bersalin. Kelebihan:  Antaranya, memulihkan tenaga, menjaga kesihatan wanita dan melancarkan pengaliran darah. Jika pengaliran darah tidak lancar atau tersekat, itulah yang menjadi punca sakit-sakit badan selepas bersalin. Bertungku Dilakukan pada waktu pagi selepas berurut dan sebelum berbengkung. Bertungku     seeloknya tiga hari bertuturut-turut menggunakan batu sungai yang di...