Skip to main content

BERPANTANG CARA TRADISI DALAM DUNIA MODEN


Dalam kehidupan yang serba moden sekarang ni, jangan kita lupa pada cara berpantang tradisional. Selagi kita bergelar wanita, penjagaan dalaman dan luaran perlu di utamakan. Begitu juga perihal selepas bersalin. Sesungguhnya pelbagai kaedah dan rawatan yang disajikan kepada ibi-ibu moden sekarang. Namun yang demikian, amalan atau cara-cara berpantang tradisi jangan la kita lupakan.
Hari ni kita nak kongsikan beberapa cara berpantang tradisi dalam kemodenan.

RUTIN BERPANTANG
  • Urutan
Sangat digalakkan berurut semasa dalam pantang. Terutama tiga hari pertaman selepas bersalin.
Kelebihan: Antaranya, memulihkan tenaga, menjaga kesihatan wanita dan melancarkan pengaliran darah. Jika pengaliran darah tidak lancar atau tersekat, itulah yang menjadi punca sakit-sakit badan selepas bersalin.

  • Bertungku
Dilakukan pada waktu pagi selepas berurut dan sebelum berbengkung. Bertungku     seeloknya tiga hari bertuturut-turut menggunakan batu sungai yang di balut dengan daun mengkudu atau daun-daun herba.
Kelebihan: membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku, memecahkan lemak dan mengecutkan rahim. Selain itu, bertungku juga dapat mengembalikan tenaga selepas bersalin.

  • Bersalai
Bersalai juga dikenali sebagai bersiang. Dilakukan dengan cara mengiring dan membelakangkan bara api.
Kelebihan: bertujuan memanaskan badan bagi ibu bersalin, mengelakkan sakit pinggang dan mengecutkan rahim

  • Mandi akar kayu
Antara akar kayu yang perlu dipilih dan direbus untuk menjadikan mandian ialah halba, bunga cengkir, daun sambung nyawa serta bacaan bebrapa ayat suci Al-Quran. Digalakkan mandi herba pada waktu pagi sebelum berurut, tiga hari pertaman selepas bersalin.
Kelebihan: daun2 herba ini seakan-akan aromaterapi yang memberi aura segar dan mampu membuatkan badan ibu-ibu bersalin merasa lebih segar dan selesa.

  • Mandi Bunga
Dilakukan dalam tempoh berpantang dengan mencampurkan bunga-bungan dan serai wangi yang memberi aura kesegaran badan.
Kelebihan: Aroma yang dibekalkan dari bunga-bungan membolehkan seseorang berasa segar, mengharumkan badan, memulihkan semangat, mengembalikan seri wajah, mengeluarkan sel mati dan memberi daya tarikan yang menawan dan menyenangkan orang melihat.

  • Sapuan kapur
Bertindak mengempiskan perut dengan cara menyapukan kapur yang dicampur jus limau nipis pada perut selepas beberapa hari bersalin.
Kelebihan: mengempiskan perut yang buncit dan membakar lemak. Namun, amalkan petua ini selama 44 hari berpantang dan dilalukan secara berdisiplin.

  • Rawatan “pelepas”
Dilakukan selepas hari ketiga bersalin. Ia menggunakan bahan seperti benang ‘mentah, kelapa biji dan bacaan ayat Al-Quran. Rawatan ini melinatkan ibu dan bayi. Ia juga dikenali sebagai penutup berpantang.
Kelebihan: dikatakan untuk membuang masalah meroyan dalam badan dan kesihatan badan serta dikatakan mengelakkan sebarang gangguan makhluk halus.

Ibu-ibu kini mempunyai pilihan sama ada berpantang secara tradisional atau moden.

Berpantang secara moden bukanlah bermakna ‘segera’. Ia adalah cara berpantang tradisional yang telah dipermudahkan caranya dan masih mementingkan rawatan agar ibu kembali pulih, sihat dan cantik selepas bersalin.

atau layari website untuk order, www.danita.com.my

Comments

Popular posts from this blog

7 Makanan Terbaik Untuk Di Makan Ketika Hamil ?

Apabila masuk bab pemakanan, keperluan nutrisi kedua-dua ibu dan bayi haruslah diberikan keutamaan. Andai kata berat badan anda tidak naik secukupnya ketika trimester pertama akibat morning sickness yang teruk, berkemungkinan stimulasi rasa lapar berperanan untuk ‘catch-up’ keperluan tubuh yang mungkin terabai ketika itu. Perhatikan jumlah pengambilan kalori harian ketika hamil; dan untuk pengetahuan, anda hanya perlu tambahkan 300 kcal sehari sewaktu dalam trimester kedua dan ekstra 500 kcal dalam trimester ketiga. Diet anda haruslah kaya dengan asid folik, zat besi, protein, kalsium dan vitamins. ? Sebagai bakal ibu, anda tentu nak makan yang elok-elok untuk baby kan? Berikut antara pilihan makanan paling bermanfaat sepanjang tempoh kehamilan yang saya simplified untuk anda gabungan saranan dietician dan ada juga berdasarkan Sunnah Rasulullah SAW: ? • Kekacang  – Bagus kerana ia kaya dengan sumber fiber, protein, zat besi, asid folik, kalsium dan zink. Antara kekac...

Pantang-Larang Ibu semasa berpantang

Jangan Makan Ubi-ubian Ubi-ubian seperti ubi kayu, keledek dan keladi perlu dielak sebab makanan jenis ini boleh mengganggu sistem pencernaan menyebabkan si ibu mungkin menghidap kembung dan sakit perut. Malah bukan setakat ibu, penyakit yang berkenaan juga mungkin boleh ‘transfer’ atau berjangkit kepada baby yang sedang menyusu. Pastikan Selalu Pakai Sarung Kaki Mengelakkan kaki dan tubuh agar tak masuk angin. Kalau angina dah masuk, mulalah sengal-sengal dan badan tentu akan menjadi lebih lemah Tak Boleh Terhantuk Ibu Jari Bagi sesetengah wanita yang lemah, kealpaan menyebabkan ibu jari tu terhantuk dengan benda keras boleh mengakibatkan pitam atau bentan. Jangan Terlalu Aktif Kalau boleh jangan terlalu banyak bergerak terutama dalam tempoh seminggu pertama selepas bersalin. Tujuannya supaya badan betul-betul mendapat rehat yang secukupnya. Jangan Tidur Tanpa Berlapik Elakkan tidur tidak berbantal atau sebarang pelapik yang boleh meninggikan sedikit paras kepala sema...